Thursday, January 5, 2012

Berbaik sangka (Husnu zan)

Assalamualaikum...

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Allah swt berfirman,'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diriKu"(Riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda,maksud hadith riwayat muslim :"Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah.

Apa maksud bersangka baik dengan Allah?bersangka baik di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan,ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.

Dengan siapa kita perlu bersangka baik?Dengan Allah lebih utama dan kemudian sesama manusia,lebih-lebih lagi sesama muslim.


Seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah :


  • Apabila melakukan sebarang ibadah,dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.
  • Apabila berdoa dia tahu bahawa Allah akan mengkabulkan doanya.
  • Apabila dia berdosa,segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.
  • Apabila ditimpa musibah,dia akan bersangka baik bahawa disebalik ujian itu ada hikmah disebaliknya.
Reaksi seorang hamba yang bersangka baik sesama manusia lain :

  • memandang seseorang dari sudut positif dan mengabaikan sisi negatif
  • tidak menyebarkan keburukan saudara sesama islam
  • nasihat-menasihati andai ada kekurangan yang terserlah pada individu tersebut
  • Saling mendoakan kesejahteraan
  • Mudah memaafkan

Semoga hati-hati kita dilimpahi baik sangka dengan segala-galanya,baik sangka kepada Allah,sesama manusia dan terhadap segala peristiwa yang menimpa kita.InsyaAllah..


Wallahua'lam..

Wednesday, January 4, 2012

Musibah;Mesej Dari Yang Maha Esa..

Assalamualaikum...

Sebuah negara yang menguji kekuatan dan senjata miliknya,sebenarnya sedang menyampaikan mesej kepada negara lain bahawa mereka kuat.Begitu juga dengan musibah yang menimpa penghuni alam ini,ia mengandungi mesej tertentu daripada Allah s.w.t


Renungilah hikmah di sebalik musibah sepeti berikut:


  • Melatih diri agar dapat bersabar
  • menyucikan hati daripada sifat-sifat tercela
  • menguatkan iman seorang mukmin
  • Agar manusia lebih dekat kepada Allah
  • Mungkin Allah rindu untuk mendengar rintihan HambaNya
  • Supaya darjat umat ditingkatkan
  • Musibah juga ditimpa akibat manusia memutuskan hubungan dengan Allah.Supaya manusia dapat mengambil pengajaran daripada musibah tersebut.



Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:''Dan sesungguhnya Kami telah menghukum(firaun dan)kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan,supaya mereka mengambil pengajaran".(surah al-A'raf 7:130)
  • Musibah menguji tahap iman seseorang
  • Indikator bahawa Allah itu Maha perkasa dan manusia pula lemah dan tidak berdaya
  • Musibah bagi menjadikan doa dan taubat betul-betul ikhlas.Manusia yang baru ditimpa musibah berada dalam keadaan yang lemah dan tawaduk.Ini boleh menghasilkan doa dan taubat yang tulus
  • Membangkitkan orang yang diuji daripada kelalaian dan nikmat dunia
  • Musibah sumber pahala dan kebaikan
  • Musibah ini juga menunjukkan bahawa dunia ini hina dan tiada apa-apa jika dibandingkan dengan akhirat.Dunia hanya jambatan ke syurga atau neraka
  • Sesungguhnya pilihan Allah ialah pilihan terbaik berbanding pilihan seorang hamba.Begitu juga musibah,ia adalah pilihan Allah buat Hamba-Nya
  • Kadang kala manusia tidak tahu akibat sesuatu perbuatan.Dengan adanya musibah,manusia  dapat mempelajari sesuatu iaitu "akibat".
Wallahua'lam...