Thursday, January 5, 2012

Berbaik sangka (Husnu zan)

Assalamualaikum...

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Allah swt berfirman,'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diriKu"(Riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda,maksud hadith riwayat muslim :"Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah.

Apa maksud bersangka baik dengan Allah?bersangka baik di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan,ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.

Dengan siapa kita perlu bersangka baik?Dengan Allah lebih utama dan kemudian sesama manusia,lebih-lebih lagi sesama muslim.


Seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah :


  • Apabila melakukan sebarang ibadah,dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.
  • Apabila berdoa dia tahu bahawa Allah akan mengkabulkan doanya.
  • Apabila dia berdosa,segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.
  • Apabila ditimpa musibah,dia akan bersangka baik bahawa disebalik ujian itu ada hikmah disebaliknya.
Reaksi seorang hamba yang bersangka baik sesama manusia lain :

  • memandang seseorang dari sudut positif dan mengabaikan sisi negatif
  • tidak menyebarkan keburukan saudara sesama islam
  • nasihat-menasihati andai ada kekurangan yang terserlah pada individu tersebut
  • Saling mendoakan kesejahteraan
  • Mudah memaafkan

Semoga hati-hati kita dilimpahi baik sangka dengan segala-galanya,baik sangka kepada Allah,sesama manusia dan terhadap segala peristiwa yang menimpa kita.InsyaAllah..


Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment