Saturday, July 7, 2012

Doa Buat Amirul Hafidzy

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Ynag Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Cukuplah Allah sebagai Penolong Kami dan Dia jualah Sebaik-Baik Pelindung..

Dah lama rasanya tidak mengupdate blog nih,hari nih aku just nak berkongsi satu cerita berkenaan dengan keluarga aku.Cerita ni membuatkan aku membuka mata bahawa betapa betapa berkuasanya Allah SWT menghidup dan mematikan HambaNya.Allah juga sangat sayang kepada hambaNya yang apabila HambaNya diuji dengan musibah,HambaNya itu sentiasa redha akan Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan olehNya.

Sebenarnya peristiwa ni dah lama berlaku dah,pada tahun 2011 ketika Hari raya Aidil Fitri.Masa tu aku Tingkatan 5.Nak dijadikan cerita,pada hari raya ke 7,kami adakan rumah terbuka buat sahabat-sahabat, dan ahli keluarga serta saudara mara yang lain.Suasana sememangnya meriah.Tapi dalam kemeriahan tu ada dukanya..Kemeriahan tu sebenarnya tak berpanjangan buat keluarga aku.Anak kepada kakak aku dan suaminya Shahratul Husna dan Edli Shah,iaitu Muhammad amirul Hafidzy telah terjatuh ke dalam kolam hiasan di luar rumah aku lalu lemas.Masa tu tak da siapa yang perasan dia keluar,sebab masing2 sibuk.Hafidzy masa tu umur dia 1 tahun 10 bulan.Budak umur setahun yang baru dapat merasa nikmatnya berjalan.Tapi tak lama kemudian,Allah tarik nikmat tu.Masa tu kakak aku jumpe dia dah terapung dah kat dalam kolam tuh.Kakak aku lari masuk rumah panggil suami dia.Mase tuh sume dalam rumah tu dah terkejut.Ingatkan dah tak dapat nk selamatkan dia sebab tengok keadaan dia pun,perutnya dah kembung,bibir pun dah biru.Bayangkanlah kalau bende nih berlaku depan mata korang dan yang kene tuh ahli keluarga korang..Nauzubillah,masa tuh memang masing2 menyalahkan diri sendiri kenapa tak tengok-tengokkan dia.Masa tuh jugaklah kami semua berdoa memohon pada Allah agar selamatkan dia....

gambar hafidzy sebelum sakit

Sebelum

Pada masa yang sama,besan ayah aku,ada time tuh,dan dulu dia bekas paramedik,jd bila kakak aku yang bawak anak dia masuk dalam rumah,besan bapak aku tuh terus buat CPR.Alhamdulillah,dengan kuasa Allah SWT dan juga usaha memberikan bantuan pernafasan dengan lebih awal,tepuk2 belakang hafidzy,keluarlah air.bila cek nadi.masih ada denyutan,Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya kami saat itu.Apa yang terlintas,hanyalah kematian.Namun Allah SWT itu Maha Berkuasa.Setelah dihantar ke Hospital terdekat,Hospital Tanjong Karang,Hafidzy memberikan reaksi yang positif kepada pihak doktor.



Alhamdulillah,dari luar aku nampak badannya bergerak2 saat dia diberikan bekalan oksigen.Ya Allah kau telah menyelamatkan satu nyawa yang tidak berdosa Ya Allah...Hanya Engkaulah yang memungkinkan kemushtahilan.Kami sekeluarga mengucapkan rasa syukur yang amat sangat kerana Allah telah menyelamatkan Hafidzy.Sungguh,Allah sayangkan dia.Allah telah berikan peluang kedua untuk dia meneruskan kehidupan.

Tapi selepas itu,Hafidzy dipindahkan ke HKL,dia terlantar di hospital selama 20 hari tak silap.Dalam masa 20 hari,kami lihat perubahannya dari hanya bergerak-gerak yang agak terhad,dan kini telah membuka mata dan menangis.Namun kesedihan berpanjangan,doktor kata,otak hafidzy telah dimasuki air,jd otaknya tak dapat berfungsi dengan baik.Jadi hafidzy tidak dapat kembali normal.Namun salah satu cara untuk dia kembali berjalan seperti biasa,ialah dengan menjalani terapi.Doktor kata usia hafidzy kembali seperti bayi,dia tidak boleh berjalan,mahupun yang lain..dia tidak lagi seperti budak berusia 1 tahun  10 bulan.


Masa berlalu tanpa sedari..sekarang sudah masuk tahun 2012,umurnya sekarang 2 tahun tapi belum mampu berjalan dan bercakap seperti budak lain.Pelbagai usaha keluarga aku lakukan supaya dia kembali normal.Namun apa yang kami percaya,Allah itu Maha Berkuasa..cuma apa yang kami lakukan hanyalah sentiasa berusaha dan terus berusaha,dan berdoa dan tidak sekali-kali berputus asa dari RahmatNya.Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada Keluarga aku untuk menempuh dugaan ini terutama kepada kakak dan abang ipar aku.Sesungguhnya segala sesuatu yang berlaku tersirat seribu satu hikmah disebaliknya.Moga2 Allah memberikan kesihatan dan kekuatan kepada anak buahku Muhammad amirul hafidzy bin Muhammad Edli Shah

Hafidzy sewaktu menjalani terapi

Di saat ini,aku teringat sepotong ayat dalam Surah Al-Ankabut (2-3):
Sesungguhnya Allah telah berfirman:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan;"Kami telah beriman",sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang yang dusta"
-Surah Al Ankabut(2-3)-


*Kepada sesiapa yang terbaca blog atau kisah ini,mohon agar mendoakan yang terbaik buat Muhammad amirul Hafidzy agar dia diberi kekuatan supaya sembuh seperti sediakala.Sesungguhnya Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda...

(*menitis air mata setelah buat post nie)

5 comments:

  1. salam dari sahabat uia c:

    semoga Hafidzy kembali sembuh dan dapat menjalani kehidupannya seperti biasa.Aamiin

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bagi yang mendoakan.semoga kamu sentiasa didalam rahmatNya

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ya ALLAH kau sembuhkanlah anak kecil ini,,berilah dia kesembuhan,,sesungguhnya apa yg berlaku adalah sebaik2 percturn darimu,yg mengandungi beribu2 hikmah tanpa diketahui oleh makhluk lain,,jadikan lah anak ini sbgai penolong dan penegak agamaMU apabila ia telah mnigkat dewasa setelah kau ujinya dgn ujian ini ya ALLAH..dan kau berilah kesabaran kpd keluarga ini serta hapuskan lah dosa2 mereka,,AMIN YA ROBBAL ALAMIN,,,

    ReplyDelete