Saturday, December 31, 2011

Tahun Baruku..Tahun Lepasku

Assalamualaikum...anyong..hahhahaha

Lama rasenye aku x tengok blog aku nie...berzaman la gak....sbb aku xtaw nk tulis ape.tp sempene dengan tahun baru nie tahun 2012.pukul 12.08 tengah malam,sayu rasenye bile meninggalkan tahun 2011.banyak rasenye kenangan pahit dengan manis yang dah aku tempuh.bermula dari awal tahun 2011 sampailah ke penghujungnya..


Agak-agak ape ye yang pahit dan manis tu sepanjang tahun 2011 nie????hemmm...bia aku ingat balik..
Hah,nie nk citer la nie 9/1/2011,aku dapat tawaran masuk STAM(sijil tinggi agama malaysia) dekat SAMJ,ramai kawan2 aku kat sane,aku suke sgt mule2,dpt kawan baru,dpt ustat baru dpt ustazah baru,suasane baru,ilmu baru..semuanya bestla...tap skejap je...rasenye mcm xpuas jd seorg plajar skolah menengah..smpy bulan 5 je aku dpt blaja STAM,sbb aku dpt tawaran masuk UIA,jd STAM,dn kawan2 terpakse aku lepaskan demi memenuhi cite2 aku n harapan keluarge...acehhhh,poyo je....

Bile dah tamat jd plajar skolah menengah,kini, bergelar sebagai seorang plajar di matrix plak di UIA,aku diterima masuk pade 30/5/2011.Dekat sni,macam2 yang aku lalui..aku dpt kawan baru,terlalu baru, walaupun ade kawan2 aku dr skolah menengah ade,tp xsame corse,tp xpe,2lah nmenye aku kene sesuaikan diri dengan tempat baru...Boleh katekan macam2 dugaan lah,banyak perubahan,terlalu banyak bezenye dengan zaman2 skolah..kalau dulu,semua cikfu sediakan,dari A sampai Z laaa...2pn kdg2 kne berdikari gkla sbb dah form 5 kan..klu skrg jadual pn kne settle sgale,buku kne usehe carik sndiri,makan kne beli,aduhhhh,mmg pade mulenye xboleh sesuaikan diri,lagi2 ble masuk klass,pressure ble kawan2 rmai ckp BI,uishhh,bkn calang2 mmbe la dorg nie...Tp lame-lame best,n alhamdulillah natijah akhirnya xmengecewakan aku..trima kasih ya Allah..

Bila dah masuk tahun baru,tentulah masing2 ade azam baru,atau erti kate lain pasang niat baru.aku xketinggalan.Hemmm,ape azam aku tahun nie...Azam....Azam,

Azam dan niatku:

1) Tentulah,pertamaya,Perbaiki diri,Betulkan apa yang xbetul
2) Maafkan segala kesalahan orang lain,dan mohon maaf dari semua yang pernah terguris hatinya....


3) Nak tengok keluarga aku bahagia,sihat dan sejahtera dilindungi oleh Allah SWT especially mak dan abah...tentulah...
4) Nak ramai kawan.nak bantu orang lain..n nak tengok orang gembira walaupn aku sedih..
5) Pedulikan ape orang kata,walaupun ade orang benci aku,tapi aku xbenci mereke,sebab aku sibuk sayang semua orang.
6) Akhir sekali,mestilah sentiasa berdoa untuk kejayaan diri,kawan dan yang lain di dunia dan di akhirat.InsyaAllah...




Mungkin ade bende yang tertinggal,tp xpe 2la azam aku buat mase skarang..InsyaAllah,dah masuk tahun 2012,aku dah 19,walaupn pade hakikatnye belum lagi,tp klu ikut tahun mmg dah 19..dah besar dah aku rupenye,jd fikiran,perlu matang seiring dengan hati.Yah,tutup buku lame,kita bukak buku baru,walaupun buku lame menyimpan banyak erti kehidupan yang membuatkan aku menjadi semakin dewasa.Moga-moga Allah permudahkan segala jalan dan urusanku pada tahun baru nie...Amin....Terima kasih Ya Allah...Selamat Datang Tahun 2012...Selamat tinggak tahun Lepasku...

Monday, November 28, 2011

Kaedah Cari Bahagia Menurut Al-quran wal sunnah

Assalamualaikum... 
Kali ini,aku nak berkongsi satu tips yang aku dah baca bagaimana mencari kebahagiaan dalam majalah solusi yang aku sayang berlandaskan Al-quran dan sunnah.Mudah-mudahan menjadi ikutan buat antum semua mencari kebahagiaan dan keredhaan Allah swt.InsyaAllah... 
1) Beriman dan Beramal soleh 
Dalam surah Al-Nahl 16:97,Allah swt telah bersabda yang bermaksud: 
"Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan ia beriman,maka kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan"  
Ibn 'Abbas r.a meriwayatkan bahawa segolongan ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik(dalam ayat ini)ialah rezeki yang halal dan baik(halalan toyyiba)Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qanaah(berasa cukup)Ali bin Abi Tolib dari Ibn 'Abbas,meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu ialah kebahagiaan.
2)Banyak mengingat Allah s.wt 


Banyak brezikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenagan sekaligus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana.Firman Allah:




"Ketahuilah dengan mengingat(berzikir)kepada Allah akan tenang hati itu"(surah al-Rad 13:28)


3)Bersandar kepada Allah


Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa.Dalam surah al-Talaq surah ke 105 ayat ke 3 yang bermaksud:




"Siapa yang bertawakkal kepada Allah maka Allah akan mecukupinya"


4)Sentiasa mencari peluang berbuat baik


Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala dari yang Esa akan memberi ketenangan hati.



Firmannya,bermaksud:
"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh(manusia)untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia.Barang siapa yang melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah,nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar"(surah an-nisa'4:114)




5)Melihat "kelebihan" bukan kekurangan.


Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia,misalnya dalam kurniaan rezeki kerana dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang Allah berikan kepada kita.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:




"Lihatlah orang dibawah kamu dan jangan melihat orang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu"(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




6)Jangan mengharap ucapan terima kasih manusia


Ketika melakukan sesuatu kebaikan,jangan mengharap ucapan terima kasih ataupun balasan manusia.Berharaplah kepada yang maha Esa.Kata bijak pandai,jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.Malah ada antara hukama berkata,


"Sekiranya kita mengharap ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa"


Firman Allah:
"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata,kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.
"(surah Al-Insan 76:9)


*Mudah-mudahan antum semua dapat mengikuti cara-cara diatas untuk mencari kebahagiaan yang hakiki.Bukan hanya kebahagiaan yang dicari didunia ini,malah redha Allah juga perlu dicari untuk bekalan dijannahNya kelak.InsyaAllah...peringatan buat diri sendiri dan antum semua..


p/s:credit to my solusi book edition 6 (thank you very much)...

Sunday, November 27, 2011

MasyaAllah,Sabar itu Indah

Dengan nama Allah yang maha Penyayang Lagi maha Mengasihani...


Sifat sabar itu panduan antara ilmu,kesedaran dan amalan,Untuk memilikinya,tidak cukup dengan mengetahui tetapi perlu dialami.Untuk dialami,ia perlu diamali.Oleh sebab itu,untuk belajar memiliki sifat sabar,seorang Muslim harus melakukan langkah-langkah berikut:




  • Bertahan ketika menghadapi hentaman pertama daripada suatu musibah




Hentaman pertama inilah yang paling sukar dihadapi kerana ia menyerang emosi.Selalunya orang boleh bersabar setelah ujian itu menimpa beberapa lama kerana masa akan merawat kesedihan.Namun pada fasa pertama,apabila ujian menyerang,manusia cenderung untuk menjadi terlalu emosional.Pada masa itu manusia telah dikuasai oleh perasaannya(sama ada marah,sedih,kecewa,dan sbgainya)




Sebaik sahaja menerima musibah,katakan pada hati sendiri"aku hamba Allah,aku layak dan patut diuji"Terima kenyataan dan jangan cuba menafikan dengan memberontak sambil berkata"kenapa aku yang kena?"Apa salahku?"Sebaliknya terimalah hakikat bahawa segalanya telah berlaku dan kita memang patut menerimanya.


Jangan sekali-kali menyalahkan orang lain lebih-lebih lagi menyalahkan Allah swt atas kesusahan yang menimpa.Mempersoalkan musibah yang menimpa kita samlah seperti menyalahkan Allah.Setiap musibah yang berlaku pasti mempunyai maksud yang baik daripada Allah(cuma belum mampu difikirkan ketika itu)




  • Segera mengingati Allah dan mohon keampunannya




Rasulullah saw apabila diuji,terus bangun mendirikan solat, dan berdoa kepada Allah.Ini menepati perintah Allah dalam firmanNya yang bermaksud:"Dan pohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan mengerjakan solat"(surah Al-Baqarah2:45)


Jangan mengeluh sebaliknya,tahanlah hati dari bersifat buruk sangkadengan manusia dan Allah atas musibah itu.Ibn mubarak berkata:"Bencana itu hanya satu,akan tetapi menjadi dua jika kita mengeluh.Pertama,musibah yang sedang dihadapi.Kedua hilangnya pahala akibat keluhan itu"




Peringatan untuk segera mengingati Allah ini dipesan oleh Rasulullah saw kepada menantunya Ali pada hari perkahwinannya.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:


"Janganlah engkau melayani rasa marah,duduklah engkau dan fikirkan mengenai kekuasaan serta kebesaran Allah atas HambaNya.Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran".




  • Tidak tergesa-gesa menampakkan musibah itu kepada orang lain




Segeralah mengadu kepada Allah,bukan kepada manusia.Tidak salah menceritakan kepada manusia,tetapi didahulukan rintihan,pengharapan dan aduan kepada Allah.Kongsi dahulu soal hati kepada Allah,kemudian barulah dikongsi kepada orang lain.




Contohilah ummu sulaim yang menyembunyikan berita kematian anaknya daripada suaminya demi ketenangan suaminya.Suaminya bukan tidak dapat mengesan berita itu yang disembunyikan olehnya,bahkan ummu sulaim telah melayan suaminya dengan baik pada malam hari ketika ujian itu melanda.


Dalam konteks ini,wali Allah,Al-Junaid berkata"Engkau menelan kepahitan tanpa mengerutkan muka"




Jadi bersabarlah dalam setiap perkara kerana andai kita tahu betapa besarnya ganjarannya yang telah dijanjikan Allah swt dalam Al-quran apabila kita bersabar,pasti hidup penuh dengan ketenangan tanpa dicemburui rasa marah mahupun kecewa dengan ujian Allah.Ingatlah,perancangan Allah itu sungguh cantik dan teratur.Hanya kita sebagai hambaNya perlu redha dengan setiap ketentuannya.MasyaAllah,sabar itu sungguh INDAH....


credit to:especially my solusi book...thank you very much..

Saturday, November 26, 2011

Menjadi Qurratu A'yun..

Assalamualaikum....


Qurratu A'yun(Penyejuk Mataku)


"Wahai Tuhan,kasihanilah mereka kedua-duanya,sebagaimana mereka telah mendidik aku sewaktu masih kecil"

Anak mithali menjadi "Qurratu A'yun" ayah bonda.Sejuk mata memandang perilakunya,sejuk lagi perut ibu yang pernah mengandungkannya dan sejuk hati ayah yang banyak berkorban untuknya.

*Impian Mak dan Abah 

Cuba kita fikir dan selami,menjadi impian ibubapa,setiap kali selepas solat mereka akan berdoa agar dikurniakan isteri dan zuriat yang menjadi "Qurratu A'yun" dan mereka juga berharap agar mereka menjadi pemimpin bagi orang yang bertaqwa.




Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan orang yang berkata:"Wahai Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penenang hati(kami)dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertaqwa."(Surah Al-Furqan25:74)

Dalam doa seharian,ibubapa kebanyakannya mempunyai dua permohonan yang tidak pernah dilupakan

Pertama:Memohon kepada Allah s.w.t agar dikurniakan anak,sejuk mata memandang.Apabila melihat cara mereka berpakaian,berjalan,menutur perkataan,sejuk mata dan hati mereka.

Kedua:Sebagai ibu bapa,bukan hanya ingin melihat anak yang sejuk dihati dan mata memandang sahaja,tetapi mereka mahukan dalam doa yang diucapkan agar Allah s.w.t menjadikan mereka ibu dan bapa ikutan yang menjadi teladan kepada anak-anak serta pemimpin orang yang bertaqwa..


*Jaminan Rasulullah SAW

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:"Berbuatlah baik  kamu kepada kedua ibubapamu,nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepad kamu"(Riwayat al-Tabrani)

*Rendahkan Diri Ibarat Burung menutup sayap di Bumi

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"Dan turunkanlah sayapmu iaitu merendahkan dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah:"Wahai Tuhanku,kasihanilah mereka kedua-duanya,sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu masih kecil"(Surah al_-Isra' 17:24)


Dapatlah diumpamakan disini,apabila burung-burung berterbangan di udara,ia akan mengembangkan atau mengepakkan sayapnya tetapi jika tidak terbang yakni kedudukannya rendah dibumi.ia akan merapatkan sayapnya.

Begitulah kita perlu merendah diri apabila berada dihadapan ibu dan ayah.Dia juga perlu menuturkan bahasa yang sopan dan tidak meninggikansuara.Ibarat burung yang emnutup sayapnya dibumi,begitulah mereka merendah diri dihadapan ibu bapa mereka.

*Amalan yang Paling diCintai Allah s.w.t

Doa Memohon Ampun untuk Ibu Bapa


Maksudnya:"Ya Tuhan Kami,Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibubapaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku ketika aku kecil"

Ingatlah bahawa,syurga itu dibawah telapak kaki ibu.Kita hidup didunia ini perlukan keredhaan daripada mereka,kerana tanpa redha mereka,redha Allah tidak akan mengiringi..
Oleh itu selalulah berbakti kepada ibu bapa,dan jangan biarkan sesekai air mata mereka tumpah membasahi bumi.

p/s;credit to majalah solusi..di edit skit isinya..edisi 30




Maal Hijrah...Terimbau Amalan Lalu..

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Apabila Matahari 26 November 2011 kian melabuhkan tirainya,dan bulan bersiap sedia untuk menggantikan tempat matahari...azan sayup-sayup kedengaran menandakan masuknya waktu maghrib dan bermulalah awal tahun iaitu Awal Muharam.Sedar tak sedar,rupa-rupanya aku telah masuk di awal bulan Islam.Ya Allah begitu pantas masa berlalu.Ketika aku dalam perjalanan pulang,terdengar di radio memutarkan bacaan doa sebelum masuknya waktu maghrib untuk doa akhir tahun.




petang 26 November melabuhkan tirainya...



Maksudnya:“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat baginda. Wahai Tuhanku, apa yang hamba perbuat sepanjang tahun ini berupa perbuatan perbuatan yang Engkau larang aku melakukannya, sedangkan aku belum bertaubat daripadanya dan Engkau tidak meredhai'nya dan tidak melupakannya, dan Engkaupun telah menyayangi aku setelah Engkau punya kuasa untuk menyiksaku, kemudian Engkau menyeruku untuk bertaubat setelah aku bermaksiat kepadaMu. Karena itu, aku mohon ampunan dariMu, maka ampunilah aku dengan Anugerah-Mu. Dan apa yang telah aku kerjakan ditahun ini adalah berupa perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala atasnya, Hamba mohon pada-Mu wahai Tuhanku, Dzat Yang Maha Mulia, yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, agar Engkau terima amalan hamba dan jangan hendaknya Engkau putuskan harapan hamba dari-Mu, wahai Dzat Yang Maha Mulia. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat baginda.”


*Saat mendengar dan megamati maksudnya,terasa sebak di dalam hati,mengimbau segala amalan-amalan,perilaku yang dilakukan sepanjang tahun ini.Adakah banyak???dan diterima Allah???adakah sikit????adakah mencukupi buat bekalan di akhirat kelak????Terlalu banyak rasanya noda-noda dalam diri ini.








Maksudnya:“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. Wahai Tuhanku, Engkau adalah Dzat Yang Maha Kekal, dahulu dan Awal. Hanya dengan anugrah dan kemurahan-Mu yang agung, telah datang tahun baru. Di tahun ini kami memohon pemeliharaan-Mu dari Syetan, kekasihnya dan balatentaranya, dan kami memohon pertolongan-Mu atas hawa nafsu yang mengajak kepada kejelekan, dan kami memohon kesibukan dengan perbuatan yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau.”




*Apabila:masuknya waktu maghrib menandakan tahun 1432H melabuhkan tirainya,dan bermula lah 1433H sebagai tahun yang baru.Ya Allah,kuatkan semangat,azam ditahun yang baru ini sebagai hijrah ke arah yang lebih baik untuk mendapat keredhaanMu.Semoga Kau Permudahkan segala urusanku pada tahun ini Ya Allah dan semoga segala amalanku sebelum dan sesudah diterima olehMu....Semoga aku diberi perlindungan dan rahmatMu..Aminnnnn Ya Robbal a'laminn~..

Friday, November 25, 2011

Mensyukuri sihat,menikmati sakit

Assalamualaikum....


Sesungguhnya mensyukuri nikmat itu satu kewajipan ke atas orang yang beriman.Manakala kesihatan merupakan nikmat terbesar yang dikurniakan Allah kepada seorang hambaNya.Namun,kenikmatan itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit.Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang.Bilamana sakit menimpa,maka sekaligus ia telah melenyapkan kebahagiaan.


Dalam sebuah hadis riwayat imam al-Bukhari daripada Anas r.a,Rasulullah s.aw. bersabda:"Ada dua niknat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang"
Namun orang yang beriman apabila ditimpa musibah penyakit ia tetap berzikir kepada Allah,bersyukur dan bersabar dan mengharapkan ganjaran pahala.Sebagaimana sebuah hadis riwayat Muslim dari Suhaib r.a,beliau berkata:Rasulullah s.a.w bersabda(yang bermaksud):"Sungguh ajaib keadaan seorang mukmin itu.Seluruh keadaannya pasti menjadi baikDan ia tidak dimiliki oleh sesiapapun melainkan orang beriman.

"Apabila ia memperoleh kenikmatan,ia akan bersyukur,maka kesenangan itu akan menjadi kesenangan buat dirinya.Apabila ditimpa musibah,ia akan bersabar dan musibah itu menjadi kebaikan buat dirinya."





*Sakit dapat menghapuskan dosa*

Sekiranya orang yang sakit mahu merenung pelbagai keuntungan dan kebaikan daripada penyakitnya,nescaya ia tidak akan mengangankan kesembuhan daripada penyakit tersebut.
Selain daripada dapat menghapuskan dosa-dosa,ia juga dapat mengangkat darjat seseorang itu disisi Allah s.w.t.Sebuah hadis daripada riwayat Tarmidzi daripada Anas bin Malik r.a,bahawa Rasulullah s.aw bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan pahala yang besar,diperoleh melalui Ujian yang besar.Kalau Allah mencintai seseorang,pasti Allah akan memberi ujian kepadanya.Sesiapa yang menerima redha menerima ujian Allah,maka baginya KeredhaanNya.Dan sesiapa yang kecewa menerimanya,nescaya ia kan menerima kemurkaanNya.




Apabila cubaan dan penyakit menimpa orang yang memiliki hubungan yang baik dengan Allah,lalu ia mampu bersabar,nescaya semua itu menjadi tanda kebaikan dan tanda kasih cintanya kepada Tuhannya.Sebuah hadis riwayat Tarmidzi,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba,maka Allah percepatkan seksaannya di dunia"

-Waallahua'lam-

p/s:credit to penulis mohd wahid bin abd hanif.(solusi edisi 30)

Ya Rabb!Dekatkan Jodoku....

Assalamualaikum w.b.t
Nak berkongsi cerita yang saya dah bace dekat majalah solusi,kalau nak tahu dengan lebih terperinci(edisi ke berape??)rajin-rajinlah bace majalah solusi.InsyaAllah khas buat antum semua.
Tajuknya:Dekatkan Jodoh Anda 



Apabila lelaki dan wanita itu telah mengetahui ciri-ciri yang boleh menarik perhatian pasangan masing-masing,sekarang adalah langkah yang seterusnya untuk memikat hati  : 



1-Berdoa bersungguh-sungguh 
Orang kata "Jodoh di tangan Allah",namun kita wajib berusaha untuk mendapatkannya.Gunakan pelbagai usaha dan ikhtiar yang dibenarkan oleh syariat kemudian berdoa dan terus berdoa.Sertakan dengan tawakkal,InsyaAllah mendapat jodoh yang diimpi selama ini.Pada prinsipnya,doa kita akan dikabulkan oleh Allah s.w.t apabila kita berdoa sesuai dengan ketentuan-Nya sebagaimana yang diperintahkan Allah s.w.t serta yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w.Namun demikian,walaupun kita sudah melakukan tatacara berdoa yang benar,ternyata hal yang kita inginkan seringkali tidak menjadi kenyataan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas dari salah satu dari tiga perkara iaitu;adakalanya diampuni dosanya,adakalanya diberikan kebaikan segera(dikabulkan sesuai dengan permintaannya),dan adakalanya ditunda pengabulannya."Riwayat al-Dailami. 


 

*Tahap pengabulan doa. 
Sebagai orang yang beriman,kita harus yakin bahawa hal-hal yang dianggap baik oleh kita,belum tentu baik pula disisi Allah s.w.t.Oleh itu,pengabulan doa ada beberapa kemungkinan:
  • Dikabulkan sesuai dengan permintaan dan doa kita
  • Dikabulkan hal-hal yang serupa atau sama taraf dengan apa yang diminta oleh kita
  • Dihindarkan kita daripada sesuatu bencana atau malapetaka yang menimpa kita.
  • Di ampuni dosa kita sebagai pahala dari doa
  • Ditunda pengabulan doa kerana tidak baik bagi kita jika doa itu dimakbulkan
  • Doa itu tetap dimakbulkan diakhirat
2-Tidak mudah patah semangat 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Allah benci kepada orang yang patah semangat tetapi syaitan sukakannya"Kebanyakan orang yang berputus asa dalam memiliki jodoh mula membuat tanggapan tentang jodoh.Tanggapan negatif yang asyik berlegar diminda hanya menyebabkan semakin sukar bertemu jodoh. 



3-Cuba melengkapkan Ciri-ciri lelaki dan wanita idaman. 
Perbaiki segala kelemahan dan bersyukur serta istiqomah dengan segala kelebihan.Cuba sedaya upaya memasukan sebanyak mungkin sifat-sifat wanita atau ciri-ciri lelaki idaman kedalam diri sendiri.Sebagaimana kita mengimpikan seorang lelaki atau wanita idaman,bakal pasangan kita juga turut mengimpikannya.Maka,coraklah langkah bermula dengan diri kita untuk menjadi insan yang diimpikan seseorang. 



InsyaAllah ,mudah-mudahan anda mendapat jodoh soleh dan solehah yang diimpikan selama iniWallahua'lam....
p/s:Hanya point-point penting sahaja yang saya masukkan...

Aduhai Hati...Kuatkanlah Dirimu

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Rasulullah s.a.w telah menegaskan bahawa di dalam diri manusia ada seketul daging,jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut.Sebaliknya jika jahat daging itu maka jahat pulalah orang tersebut.Daging itu ialah hati.. 


Itulah peranan utama hati.Ia umapama kerajaan dalam diri manusia.Jika raja baik,maka baiklah rakyatnya.Maka begitu jugalah apabila hati baik,secara automatik,tangan,kaki,mulut,hidung dan lain-lain pancaindera akan melahirkan kebaikan.Al-Quran memberikan informasi yang banyak tentang hati.Tidak kurang dari 188 kali informasi tentang hati ini diulang-ulang dalam Al-Quran. 

 
Justeru,untuk melahirkan diri,keluarga,masyarakat dan negara bahkan dunia yang lebih baik mestilah dimulakan dengan membersihkan hati manusia.Soal hati,bukan hanya penting diperingkat awal perubahan tetapi ia perlu terus dijaga sepanjang usaha manusia untuk terus menjadi individu yang baik dan mampu memberi kebaikan.
Kualiti amalan juga bergantung kepada kualiti hati pelakunya. 
Setiap kali kita melakukan satu perbuatan,maka hati akan menentukan amalan itu baik atau sebaliknya.Maka berhati-hatilah dalam menjaga hati,kerana "Amalan sebesar gunung sekalipun,tidak akan bernilai walau sedebu pun sekiranya diamalkan tanpa niat yang ikhlas". 
Hati bukan sahaja menentukan  kualiti amalan seseorang,bahkan menilai orang itu secara keseluruhan.Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:"Allah s.w.t tidak melihat kamu dari rupa paras kamu,dan harta kekayaan.tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu" .....

 
Jadi,didiklah hati dengan melakukan perkara-perkara yang berbentuk kebaikan.Hati amat sukar dijaga,kerana kita tidak nampak.Apabila ia sakit,kita tidak tahu apakah puncanya.Perbanyakkan mengingati Allah s.w.t dan berdoa supaya dijauhi penyakit-penyakit hati yang kadang-kadang tidak kita sedari...Wallahu'alam....InsyaAllah peringatan buat diriku...
p/s:credit dan syukran buat majalah solusi edisi ke 4..sumber inspirasiku...

Thursday, November 24, 2011

S.A.H.A.B.A.T kerana Allah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..... 
Sahabat....
untuk aku hidup di dunia ini
Aku perlukan sahabat..
bukan satu tapi beribu..
Tetapi
Untuk mencari sahabat seperti kamu
Hanya satu dalam seribu... 
kerana 
di mana-mana aku berada 
Kau pasti ada disisi....



Dikala aku kesusahanDia tempat aku meluahkan keresahan 
yang terbuku di hati.... 
Telinganya dipinjam sebagai
pendengar yang setia
Dia jualah pembakar semangat 
untuk aku teruskan

perjuangan
dan membimbing aku ke jalan yang diredhai... 


Sahabat...
Bila berjauhan
Diri ini pasti kesunyian tanpamu
kerana sudah lama kita bersahabat 

Ya Allah,Ya Tuhanku
Aku rindukan sahabat ....
seperti ini
yang selalu membisikkan 
kata-kata indah
yang mengingatkan aku kepadaMu ya Allah 
tatkala aku semakin hilang semangat...
yang selalu mengajakku ke arah yang lebih baik
yang selalu menemaniku ke mana jua... 


Wahai sahabatku....
Di mataku
Kaulah sahabat sejati
Kaulah penyeri di waktu kesepian
Kaulah cahaya di waktu kegelapan 


Sahabatku....
Syukran...
Kerana sudi menjadi sahabat aku...
Bukan hanya sahabat...

Tetapi sahabat sejati.. 
Tidak bisa ku balas setiap 
masa....
tenaga...
kasih sayang...
yang telah kau pinjamkan untukku....
Hanya Allah yang bisa membalasnya..
InsyaAllah moga PERSAHABATAN KITA
kekal hingga ke JannahNya...
Aminnn....
Terima Kasih....
Kaulah sahabatku..
Kaulah Temanku....
Kaulah Kawanku...
Kaulah Rakanku...
Sahabat Selamanya...

Akan ku simpan segala kenangan ini bersamaku......
Teruskan Perjuanganmu...
Kaulah sahabatku..Kau teman sejati...







Warna-warni KeHiDupan

 
Sebelum remaja di belai ibubapa
Di beri apa yang minta
Sesudah remaja dia kenal dunia
Tak nak ikut cakap ibubapa 
Sebelum dapat kerja
Janji tekun bekerja
Sudah diterima cuti dan MC saja
Belum dapat gaji
Nak jimat tak nak rugi 
Sudah dapat gaji
Duit habis dijoli
Sudah dapat gaji
Duit habis dijoli
Habis dijoli
Di sana sini... 
Sebelum kahwin dia
Janji nak hidup sama
Sudah berumahtangga
Hilang entah ke mana
Katanya ke pejabat
Rupanya dia ligat 
Cari-cari calon
Hendak cukupkan empat
Cari-cari calon
Hendak cukupkan empat
Dua dah dapat
Tiga dah dapat
Empat tak sempat 
Sebelum bekeluarga
Jalan-jalan berpimpin tangan
Pegang bahu tak mahu lepas 
Sesudah anak tiga
Dah mula rasa
Nak pimpin tangan isteri pun dah naik malas
Suami sebatu di depan isteri di belakang 
Sebelum dapat susah
Dia tak ingat beribadah
Nak sedekah amal jariah ...

Sesudah dapat susah
Baru nak cari sejadah
Begitulah lazim sifat manusia 
Hanya ingat Tuhan bila
Di dalam kesusahan
Elakkan diri dari bersifat demikian
Tuhan tidak suruh kita ikut perangai syaitan

p/s:Tajuk lagu di atas ialah "sebelum dan sesudah".Dinyanyikan oleh kumpulan senario.Best sgt lagu ni.Banyak pengajaran.Mudah-mudahan anda terhibur....InsyaAllah...

Mulianya Air MataMu....

Dengan nama Allah yang Maha permurah Lagi Maha mengasihani.... 
Tangisan adalah suatu fitrah bagi setiap makhluk bergelar manusia. Sejak dari awal kelahirannya, hinggalah ke akhir hayat setiap manusia, pasti tangisan akan menghiasi kamar hidupnya. Banyak punca yang menyebabkan air mata berlinangan namun berapa ramaikah dari kita yang tangisnya adalah kerana takutnya ia akan Allah S.W.T? Berapa ramaikah dari kita yang menangis akibat menghitung setiap inci dosa dan noda yang telah kita lakukan?
Wahai saudaraku, ketahuilah olehmu bahawa tangisan yang jatuh ke bumi kerana takutkan Allah membawa makna bahawa kita termasuk dalam golongan orang yang beriman kepada Allah sebagaimana firman Allah S.W.T. 
"Dan takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Surah al-Imran : 175) 
 

Wahai saudara yang kukasihi, menangis kerana Allah akan mengangkat martabat diri hingga termasuk dalam golongan penghuni Syurga Allah yang penuh dengan segala kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. Bahkan darjat juga akan ditinggikan oleh Allah selaras dengan janji-Nya yang berbunyi :
"Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua Syurga" (Surah Ar-Rahman : 46) 
Seorang Khalifah yang agung di muka bumi Allah ini tidak pernah asing dengan tangis dan hiba saat meratapi akan segala dosanya kepada al-Ghafur. Lihat sahaja mereka yang dekat dengan Tuhan sekalian alam seperti kekasih Allah, Rasulullah S.A.W, para sahabat R.A, para tabi'in dan tabi'tabi'in , semuanya bercucuran air mata kerana takutnya mereka kepada Allah. 
 
Rasulullah S.A.W sendiri menangis kerana takutkan Allah. Seorang Nabi dan kekasih Allah yang dijanjikan Syurga dan maksum. Pernah suatu ketika sedang Rasulullah S.A.W duduk bersama-sama dengan para sahabat, tiba-tiba Baginda menoleh pandangannya ke arah sekumpulan manusia seraya bersabda " Apakah yang sedang mereka lakukan?" Salah seorang dari sahabat menjawab, "Mereka sedang menggali kubur untuk mengebumikan seorang yang telah meninggal dunia." 
Sebaik mendengar jawapan itu, Baginda berganjak dari tempat duduknya dan berjalan pantas mendahului para sahabatnya. Akhirnya baginda tiba di tanah perkuburan itu dan mencangkung berhampiran kubur tersebut. Para sahabat mengambil tempat di hadapan Baginda Rasulullah agar dapat melihat apa yang akan dilakukan oleh Baginda. Mereka melihat Rasulullah S.A.W menangis sehingga air mata menitis ke pipinya kemudian berkata kepada sahabat, "Wahai saudara-saudaraku, kalian harus mempersiapkan diri untuk menghadapi peristiwa seperti hari ini (kematian)." Bagitulah ketakutan Kekasih Allah yang mulia. Bagaimanakah dengan kita sebagai umatnya? 


Menangis kerana takutkan Allah akan menyelamatkan kita dari seksaan dan azab Allah yang pedih, menempatkan kita di dalam Syurga-Nya dan menikmati segala kenikmatan yang tidak dapat dibayang oleh akal fikiran.

Ubay bin Ka'ab berkata, "Kalian harus memegang ajaran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Bukan termasuk orang yang memegang ajaran dan sunnah Nabi ketika teringat seksaan Allah, namun dia tidak menitiskan air mata kerana takut kepada seksa-Nya. Maka orang seperti ini akan bersama-sama api neraka untuk selama-lamanya." 
Orang yang memegang ajaran dan sunnah Nabi ketika teringatkan Allah, maka pasti akan ketakutan dan bergetar jantungnya kerana takut pada siksaan al-Muntaqim. Dosa-dosa orang seperti ini akan berguguran seperti mana gugurnya daun-daun dari pohon yang ditiup angin.
Hisablah diri kita sejenak, bermuhasabahlah dan berfikirlah perihal kehidupan di negeri yang kekal abadi. Adakah kita pernah menangisi dosa-dosa kita? Bilakah kali terakhir pipi dibasahi dengan linangan air mata keinsafan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat segala sesuatu perbuatan. Moga dikurniakan Allah dengan perasaan ketakutan terhadap dosa. 
Menangislah, Wahai Saudaraku... 
P/S:Credit to Penulis di ILUV ISLAM...Share..

Nukilan Buat Adam...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang....
Adam...Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek. 



Adam...Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua? 

 Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?Begitukah calonmu wahai Adam?
Ketahui wahai Adam,Sesungguhnya, perempuan itu manja,Suka dibelai, Suka dikasih, 

Namun, Adam...Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.
Kerana...Kami begitu untuk menjaga aib kamu,Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,Menjauh dari kehinaan,Kerana kami merupakan fitnah dunia,Fitnah bagi kamu. 

Adam...Kami ini insan yang lemah,Janganlah kau cemar iman kami,Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu. 


Adam...Andai kau kasih dan sayang pada kami,Andai kau mahu membela nasib kami,Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,Ibu kepada bakal pejuang agama,Doalah buat kami,Doalah jua buat dirimu,Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.


p/s:Credit to ILUV ISLAM.Thank you very much...