Friday, November 25, 2011

Mensyukuri sihat,menikmati sakit

Assalamualaikum....


Sesungguhnya mensyukuri nikmat itu satu kewajipan ke atas orang yang beriman.Manakala kesihatan merupakan nikmat terbesar yang dikurniakan Allah kepada seorang hambaNya.Namun,kenikmatan itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit.Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang.Bilamana sakit menimpa,maka sekaligus ia telah melenyapkan kebahagiaan.


Dalam sebuah hadis riwayat imam al-Bukhari daripada Anas r.a,Rasulullah s.aw. bersabda:"Ada dua niknat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang"
Namun orang yang beriman apabila ditimpa musibah penyakit ia tetap berzikir kepada Allah,bersyukur dan bersabar dan mengharapkan ganjaran pahala.Sebagaimana sebuah hadis riwayat Muslim dari Suhaib r.a,beliau berkata:Rasulullah s.a.w bersabda(yang bermaksud):"Sungguh ajaib keadaan seorang mukmin itu.Seluruh keadaannya pasti menjadi baikDan ia tidak dimiliki oleh sesiapapun melainkan orang beriman.

"Apabila ia memperoleh kenikmatan,ia akan bersyukur,maka kesenangan itu akan menjadi kesenangan buat dirinya.Apabila ditimpa musibah,ia akan bersabar dan musibah itu menjadi kebaikan buat dirinya."





*Sakit dapat menghapuskan dosa*

Sekiranya orang yang sakit mahu merenung pelbagai keuntungan dan kebaikan daripada penyakitnya,nescaya ia tidak akan mengangankan kesembuhan daripada penyakit tersebut.
Selain daripada dapat menghapuskan dosa-dosa,ia juga dapat mengangkat darjat seseorang itu disisi Allah s.w.t.Sebuah hadis daripada riwayat Tarmidzi daripada Anas bin Malik r.a,bahawa Rasulullah s.aw bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan pahala yang besar,diperoleh melalui Ujian yang besar.Kalau Allah mencintai seseorang,pasti Allah akan memberi ujian kepadanya.Sesiapa yang menerima redha menerima ujian Allah,maka baginya KeredhaanNya.Dan sesiapa yang kecewa menerimanya,nescaya ia kan menerima kemurkaanNya.




Apabila cubaan dan penyakit menimpa orang yang memiliki hubungan yang baik dengan Allah,lalu ia mampu bersabar,nescaya semua itu menjadi tanda kebaikan dan tanda kasih cintanya kepada Tuhannya.Sebuah hadis riwayat Tarmidzi,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba,maka Allah percepatkan seksaannya di dunia"

-Waallahua'lam-

p/s:credit to penulis mohd wahid bin abd hanif.(solusi edisi 30)

No comments:

Post a Comment