Friday, November 25, 2011

Aduhai Hati...Kuatkanlah Dirimu

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Rasulullah s.a.w telah menegaskan bahawa di dalam diri manusia ada seketul daging,jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut.Sebaliknya jika jahat daging itu maka jahat pulalah orang tersebut.Daging itu ialah hati.. 


Itulah peranan utama hati.Ia umapama kerajaan dalam diri manusia.Jika raja baik,maka baiklah rakyatnya.Maka begitu jugalah apabila hati baik,secara automatik,tangan,kaki,mulut,hidung dan lain-lain pancaindera akan melahirkan kebaikan.Al-Quran memberikan informasi yang banyak tentang hati.Tidak kurang dari 188 kali informasi tentang hati ini diulang-ulang dalam Al-Quran. 

 
Justeru,untuk melahirkan diri,keluarga,masyarakat dan negara bahkan dunia yang lebih baik mestilah dimulakan dengan membersihkan hati manusia.Soal hati,bukan hanya penting diperingkat awal perubahan tetapi ia perlu terus dijaga sepanjang usaha manusia untuk terus menjadi individu yang baik dan mampu memberi kebaikan.
Kualiti amalan juga bergantung kepada kualiti hati pelakunya. 
Setiap kali kita melakukan satu perbuatan,maka hati akan menentukan amalan itu baik atau sebaliknya.Maka berhati-hatilah dalam menjaga hati,kerana "Amalan sebesar gunung sekalipun,tidak akan bernilai walau sedebu pun sekiranya diamalkan tanpa niat yang ikhlas". 
Hati bukan sahaja menentukan  kualiti amalan seseorang,bahkan menilai orang itu secara keseluruhan.Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:"Allah s.w.t tidak melihat kamu dari rupa paras kamu,dan harta kekayaan.tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu" .....

 
Jadi,didiklah hati dengan melakukan perkara-perkara yang berbentuk kebaikan.Hati amat sukar dijaga,kerana kita tidak nampak.Apabila ia sakit,kita tidak tahu apakah puncanya.Perbanyakkan mengingati Allah s.w.t dan berdoa supaya dijauhi penyakit-penyakit hati yang kadang-kadang tidak kita sedari...Wallahu'alam....InsyaAllah peringatan buat diriku...
p/s:credit dan syukran buat majalah solusi edisi ke 4..sumber inspirasiku...

No comments:

Post a Comment