Monday, November 28, 2011

Kaedah Cari Bahagia Menurut Al-quran wal sunnah

Assalamualaikum... 
Kali ini,aku nak berkongsi satu tips yang aku dah baca bagaimana mencari kebahagiaan dalam majalah solusi yang aku sayang berlandaskan Al-quran dan sunnah.Mudah-mudahan menjadi ikutan buat antum semua mencari kebahagiaan dan keredhaan Allah swt.InsyaAllah... 
1) Beriman dan Beramal soleh 
Dalam surah Al-Nahl 16:97,Allah swt telah bersabda yang bermaksud: 
"Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan ia beriman,maka kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan"  
Ibn 'Abbas r.a meriwayatkan bahawa segolongan ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik(dalam ayat ini)ialah rezeki yang halal dan baik(halalan toyyiba)Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qanaah(berasa cukup)Ali bin Abi Tolib dari Ibn 'Abbas,meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu ialah kebahagiaan.
2)Banyak mengingat Allah s.wt 


Banyak brezikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenagan sekaligus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana.Firman Allah:




"Ketahuilah dengan mengingat(berzikir)kepada Allah akan tenang hati itu"(surah al-Rad 13:28)


3)Bersandar kepada Allah


Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa.Dalam surah al-Talaq surah ke 105 ayat ke 3 yang bermaksud:




"Siapa yang bertawakkal kepada Allah maka Allah akan mecukupinya"


4)Sentiasa mencari peluang berbuat baik


Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala dari yang Esa akan memberi ketenangan hati.



Firmannya,bermaksud:
"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh(manusia)untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia.Barang siapa yang melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah,nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar"(surah an-nisa'4:114)




5)Melihat "kelebihan" bukan kekurangan.


Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia,misalnya dalam kurniaan rezeki kerana dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang Allah berikan kepada kita.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:




"Lihatlah orang dibawah kamu dan jangan melihat orang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu"(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




6)Jangan mengharap ucapan terima kasih manusia


Ketika melakukan sesuatu kebaikan,jangan mengharap ucapan terima kasih ataupun balasan manusia.Berharaplah kepada yang maha Esa.Kata bijak pandai,jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.Malah ada antara hukama berkata,


"Sekiranya kita mengharap ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa"


Firman Allah:
"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata,kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.
"(surah Al-Insan 76:9)


*Mudah-mudahan antum semua dapat mengikuti cara-cara diatas untuk mencari kebahagiaan yang hakiki.Bukan hanya kebahagiaan yang dicari didunia ini,malah redha Allah juga perlu dicari untuk bekalan dijannahNya kelak.InsyaAllah...peringatan buat diri sendiri dan antum semua..


p/s:credit to my solusi book edition 6 (thank you very much)...

No comments:

Post a Comment