Saturday, July 7, 2012

Doa Buat Amirul Hafidzy

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Ynag Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Cukuplah Allah sebagai Penolong Kami dan Dia jualah Sebaik-Baik Pelindung..

Dah lama rasanya tidak mengupdate blog nih,hari nih aku just nak berkongsi satu cerita berkenaan dengan keluarga aku.Cerita ni membuatkan aku membuka mata bahawa betapa betapa berkuasanya Allah SWT menghidup dan mematikan HambaNya.Allah juga sangat sayang kepada hambaNya yang apabila HambaNya diuji dengan musibah,HambaNya itu sentiasa redha akan Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan olehNya.

Sebenarnya peristiwa ni dah lama berlaku dah,pada tahun 2011 ketika Hari raya Aidil Fitri.Masa tu aku Tingkatan 5.Nak dijadikan cerita,pada hari raya ke 7,kami adakan rumah terbuka buat sahabat-sahabat, dan ahli keluarga serta saudara mara yang lain.Suasana sememangnya meriah.Tapi dalam kemeriahan tu ada dukanya..Kemeriahan tu sebenarnya tak berpanjangan buat keluarga aku.Anak kepada kakak aku dan suaminya Shahratul Husna dan Edli Shah,iaitu Muhammad amirul Hafidzy telah terjatuh ke dalam kolam hiasan di luar rumah aku lalu lemas.Masa tu tak da siapa yang perasan dia keluar,sebab masing2 sibuk.Hafidzy masa tu umur dia 1 tahun 10 bulan.Budak umur setahun yang baru dapat merasa nikmatnya berjalan.Tapi tak lama kemudian,Allah tarik nikmat tu.Masa tu kakak aku jumpe dia dah terapung dah kat dalam kolam tuh.Kakak aku lari masuk rumah panggil suami dia.Mase tuh sume dalam rumah tu dah terkejut.Ingatkan dah tak dapat nk selamatkan dia sebab tengok keadaan dia pun,perutnya dah kembung,bibir pun dah biru.Bayangkanlah kalau bende nih berlaku depan mata korang dan yang kene tuh ahli keluarga korang..Nauzubillah,masa tuh memang masing2 menyalahkan diri sendiri kenapa tak tengok-tengokkan dia.Masa tuh jugaklah kami semua berdoa memohon pada Allah agar selamatkan dia....

gambar hafidzy sebelum sakit

Sebelum

Pada masa yang sama,besan ayah aku,ada time tuh,dan dulu dia bekas paramedik,jd bila kakak aku yang bawak anak dia masuk dalam rumah,besan bapak aku tuh terus buat CPR.Alhamdulillah,dengan kuasa Allah SWT dan juga usaha memberikan bantuan pernafasan dengan lebih awal,tepuk2 belakang hafidzy,keluarlah air.bila cek nadi.masih ada denyutan,Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya kami saat itu.Apa yang terlintas,hanyalah kematian.Namun Allah SWT itu Maha Berkuasa.Setelah dihantar ke Hospital terdekat,Hospital Tanjong Karang,Hafidzy memberikan reaksi yang positif kepada pihak doktor.



Alhamdulillah,dari luar aku nampak badannya bergerak2 saat dia diberikan bekalan oksigen.Ya Allah kau telah menyelamatkan satu nyawa yang tidak berdosa Ya Allah...Hanya Engkaulah yang memungkinkan kemushtahilan.Kami sekeluarga mengucapkan rasa syukur yang amat sangat kerana Allah telah menyelamatkan Hafidzy.Sungguh,Allah sayangkan dia.Allah telah berikan peluang kedua untuk dia meneruskan kehidupan.

Tapi selepas itu,Hafidzy dipindahkan ke HKL,dia terlantar di hospital selama 20 hari tak silap.Dalam masa 20 hari,kami lihat perubahannya dari hanya bergerak-gerak yang agak terhad,dan kini telah membuka mata dan menangis.Namun kesedihan berpanjangan,doktor kata,otak hafidzy telah dimasuki air,jd otaknya tak dapat berfungsi dengan baik.Jadi hafidzy tidak dapat kembali normal.Namun salah satu cara untuk dia kembali berjalan seperti biasa,ialah dengan menjalani terapi.Doktor kata usia hafidzy kembali seperti bayi,dia tidak boleh berjalan,mahupun yang lain..dia tidak lagi seperti budak berusia 1 tahun  10 bulan.


Masa berlalu tanpa sedari..sekarang sudah masuk tahun 2012,umurnya sekarang 2 tahun tapi belum mampu berjalan dan bercakap seperti budak lain.Pelbagai usaha keluarga aku lakukan supaya dia kembali normal.Namun apa yang kami percaya,Allah itu Maha Berkuasa..cuma apa yang kami lakukan hanyalah sentiasa berusaha dan terus berusaha,dan berdoa dan tidak sekali-kali berputus asa dari RahmatNya.Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada Keluarga aku untuk menempuh dugaan ini terutama kepada kakak dan abang ipar aku.Sesungguhnya segala sesuatu yang berlaku tersirat seribu satu hikmah disebaliknya.Moga2 Allah memberikan kesihatan dan kekuatan kepada anak buahku Muhammad amirul hafidzy bin Muhammad Edli Shah

Hafidzy sewaktu menjalani terapi

Di saat ini,aku teringat sepotong ayat dalam Surah Al-Ankabut (2-3):
Sesungguhnya Allah telah berfirman:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan;"Kami telah beriman",sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang yang dusta"
-Surah Al Ankabut(2-3)-


*Kepada sesiapa yang terbaca blog atau kisah ini,mohon agar mendoakan yang terbaik buat Muhammad amirul Hafidzy agar dia diberi kekuatan supaya sembuh seperti sediakala.Sesungguhnya Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda...

(*menitis air mata setelah buat post nie)

Friday, May 18, 2012

Sememangnya Kawan itu lebih dari segalanya..

Assalamualaikum,sudah sekian lame aku xmenjenguk blog aku nie.Hemm,lame dah aku nk buat bende alah nie untuk 2 org kawan aku y dah nk p Gombak.Post ini khas aku buat and tujukan kepada kawan aku yang bernama Intan Sharina dengan Izzatul Nawwaarah yang telah banyak menolong,membantu,membuli,memarahi dan sentiasa menyayangi aku selama berada di CFS IIUM Petaling Jaya.

Dear Intan Sharina Ahmad Sharizal,

Terima kasih jadi kawan aku selama nie,dah setahun kita kawan.dari sem 1 sampai sem 3.Kita tetap sekelas.Aku sayang kau.Kau kene tahu tu.Selama kita bersahabat,harap kau tak 'annoying' dengan perangai aku yang entah pape.kau banyak tolong aku dalam macam2 hal.Kau pinjamkan telinga kau dengar masalah aku walaupun kau xdek masa nk dengar sume tu,kau bagi pinjam aku duit,kau bagi nasihat kat aku tyme aku sakit,kau tunjuk ajar aku kalau aku tak faham,n kau bagi aku semangat baru untuk aku terus berjuang.Kau selalu ingatkan aku dgn kata-kata nie:"Nana,man jadda wajada" maksudnya sesiapa yg berusaha dia akan berjaya.InsyaAllah dengan kata2 tu banyak memberi makna n membuatkan aku berfikir yg Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang.Terima kasih Intan atas segalanya.Maafkan segala kesalahan aku pada kau.Jika aku,kau dipanjangkan umur,moga kita dipertemukan sekali lagi.Semoga kau berjaya di Gombak nanti.Kau memang sahabat "THE BEST" lah.Doaku sentiasa mengiringimu.


Dear Izzatul Nawwarah Idrus,


Thanks a lot for being such a lovely friend to me.You are kind and nice person to me wawa.You did a lot things to me.Baru 1 sem je aku kenal kau.Kau memang best.Terima kasih taw ajar aku selama nie.My english so worst,but you give me spirit to learn,learn and learn and get improvement.Wawa,thanks for everything.Banyak kenangan manis kita dah lalui bersama.Gelak kau ngan intan memang aku xkan lupe lah.Kau punye "tersasul" lg lah aku xkan lupe.hahhahaha.Wa,jangan lupe aku ea ble dah masuk Gombak nnt.You're smart person.Jage Intan tu elok2.Jaga diri gk.Jangan asyik ingat pakwe je.Wa,tyme,sebelum final exam,banyak yg kau bantu aku ngn Intan.kesian kau,banyak kau habis mase tuk ajar kitorang tp kami nie maen2,sorry ea wa,tp aku tetap sayang kau.Sem 3 nie aku rasa sronok satu group ngn kau ngan Anina.Anina pun kadang sengal tapi best(jangan marah ani).By the way,Syukur sgt2 kpd Allah sebab Dia telah mengurniakan sahabat-sahabat yang baik seperti korang sume.Aku sayang ko wawa.kau kene tahu tu.Kau memang sahabat yang "AWESOME" wawa.Take care,be yourself.I love you always.

Bila dah masuk Gombak ingatlah Moment korang sepanjang SEM 3 kat CFS IIUM PJ nih...


Aku pasti merindui saat kita di Parliamen.


Ani memang xboleh berenggang dengan wawa.


Begitu jugaklah dengan aku.Kalau aku sorg,mesti org tanye;"Nana,intan mane?"


Tahukah anda bahawa,wawa nie adalah pelanggan tetap restoran Ali Bistro.samalah kami.Dimana ada wawa disitu ada kami.


Ani nie pon same je,pagi petang siang malam,mamak jugak dihadapnye..


wawa nie rajin orangnye.tak hairanlah dia jd ckgu kami sebelum final exam legal system.Thanks wa.


 Intan nie,nampak je main2,tp kalau kejer ngan dia sgt mantap.Sume kerje teratur n mesti siap.


Nielah muke2 hebat yang setahun je kat matrix UIA nie,Bulan 9 nk pegi Gombak dah.Intan Sharina & Izzatul Nawwarah

Bye korang."Walau sejauh manapun kita berada,InsyaAllah Allah itu selalu ada disamping kita tidak kira senang mahupun susah,kerana itulah Allah anugerahkan sahabat sebagai pengubat duka dan lara".Uhibbukum fillah Abadan Abada~
InsyaAllah Friendship till Jannah.
Love you both



Thursday, January 5, 2012

Berbaik sangka (Husnu zan)

Assalamualaikum...

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Allah swt berfirman,'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diriKu"(Riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda,maksud hadith riwayat muslim :"Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah.

Apa maksud bersangka baik dengan Allah?bersangka baik di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan,ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.

Dengan siapa kita perlu bersangka baik?Dengan Allah lebih utama dan kemudian sesama manusia,lebih-lebih lagi sesama muslim.


Seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah :


  • Apabila melakukan sebarang ibadah,dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.
  • Apabila berdoa dia tahu bahawa Allah akan mengkabulkan doanya.
  • Apabila dia berdosa,segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.
  • Apabila ditimpa musibah,dia akan bersangka baik bahawa disebalik ujian itu ada hikmah disebaliknya.
Reaksi seorang hamba yang bersangka baik sesama manusia lain :

  • memandang seseorang dari sudut positif dan mengabaikan sisi negatif
  • tidak menyebarkan keburukan saudara sesama islam
  • nasihat-menasihati andai ada kekurangan yang terserlah pada individu tersebut
  • Saling mendoakan kesejahteraan
  • Mudah memaafkan

Semoga hati-hati kita dilimpahi baik sangka dengan segala-galanya,baik sangka kepada Allah,sesama manusia dan terhadap segala peristiwa yang menimpa kita.InsyaAllah..


Wallahua'lam..

Wednesday, January 4, 2012

Musibah;Mesej Dari Yang Maha Esa..

Assalamualaikum...

Sebuah negara yang menguji kekuatan dan senjata miliknya,sebenarnya sedang menyampaikan mesej kepada negara lain bahawa mereka kuat.Begitu juga dengan musibah yang menimpa penghuni alam ini,ia mengandungi mesej tertentu daripada Allah s.w.t


Renungilah hikmah di sebalik musibah sepeti berikut:


  • Melatih diri agar dapat bersabar
  • menyucikan hati daripada sifat-sifat tercela
  • menguatkan iman seorang mukmin
  • Agar manusia lebih dekat kepada Allah
  • Mungkin Allah rindu untuk mendengar rintihan HambaNya
  • Supaya darjat umat ditingkatkan
  • Musibah juga ditimpa akibat manusia memutuskan hubungan dengan Allah.Supaya manusia dapat mengambil pengajaran daripada musibah tersebut.



Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:''Dan sesungguhnya Kami telah menghukum(firaun dan)kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan,supaya mereka mengambil pengajaran".(surah al-A'raf 7:130)
  • Musibah menguji tahap iman seseorang
  • Indikator bahawa Allah itu Maha perkasa dan manusia pula lemah dan tidak berdaya
  • Musibah bagi menjadikan doa dan taubat betul-betul ikhlas.Manusia yang baru ditimpa musibah berada dalam keadaan yang lemah dan tawaduk.Ini boleh menghasilkan doa dan taubat yang tulus
  • Membangkitkan orang yang diuji daripada kelalaian dan nikmat dunia
  • Musibah sumber pahala dan kebaikan
  • Musibah ini juga menunjukkan bahawa dunia ini hina dan tiada apa-apa jika dibandingkan dengan akhirat.Dunia hanya jambatan ke syurga atau neraka
  • Sesungguhnya pilihan Allah ialah pilihan terbaik berbanding pilihan seorang hamba.Begitu juga musibah,ia adalah pilihan Allah buat Hamba-Nya
  • Kadang kala manusia tidak tahu akibat sesuatu perbuatan.Dengan adanya musibah,manusia  dapat mempelajari sesuatu iaitu "akibat".
Wallahua'lam...