Monday, November 21, 2011

Setiap Kali...

Setiap kali
Mendapat nikmat
Jarangku sedari itu pemberianmu
Terkadang rasa itu kerana
segala usaha
dan penat lelahku sahaja 
Setiap kali 
ditimpa musibah
ku mengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa padaMu Allah  
Tempat kembali segala masalah 
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan 
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinarmu berikanku pedoman
Hanya padamu segala ketetapan 
Seandainya diri ini
mampu meraih cinta dan keredhaanNya
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku... 
Lagu ini dimainkan oleh kumpulan nasid yang amat aku suka iaitu DEVOTEES.Tajuknya "setiap kali"penuh dengan nasihat dan pelbagai pedoman.takkala aku sedih dan hilang tempat mengadu,aku selalu dengar lagu ni.Lagu ni selalu mengingatkan aku yang sesekali apabila kita diuji dengan ditimpakan pelbagai musibah,selalunya setiap orang itu akan mengeluh risau,dan jarang sekali mulut ini untuk mengucapkan rasa syukur kerana diberi musibah. 
Aku selalu dengar orang cakap yang : 
"Ujian mahupun musibah itu adalah tarbiyah.Allah itu maha penyayang kepada setiap hambaNya.Allah swt tidak akan menguji seseorang hambaNya itu melainkan dengan kesanggupannya..." 

Tatkala Allah datangkan" petir dan kilat "
dengan kita di uji pelbagai musibah,hati resah,mengeluh berpanjangan,risau mula menerjah..
Di waktu itulah Allah swt dipersalahkan..seakan tidak redha dengan qada' dan qadar Allah... 
"Mengapakah aku diuji seperti ini Ya Allah???" 
Namun,apabila Allah hadiahkan kita "pelangi"
dengan segala nikmat yang telah Allah curahkan...
Jarang sekali untuk menyedari yang pemberian itu datangnya dari Allah
Sesekali diri ini terleka untuk mengucapkan perkataan "Alhamdulillah" 
Ingatlah :
Kadang-kadang Allah datangkan petir dan kilat
Kita tertanya-tanya di manakah Allah sembunyikan matahari
Kadang-kadang kita tercari-cari dimanakah matahari
Rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi.... 
 

Apabila kamu merasakan kamu tidak yakin
dan tidak mampu untuk melakukan sesuatu perkara,
Ucapkanlah berulang kali...
"La haula wala quwwata illa billa"
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah swt......
InsyaAllah....









No comments:

Post a Comment