Tuesday, November 22, 2011

Adam dan Hawa

"Tercipta Engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk di alasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi".. 
- wanita solehah -
Oh Hawa...
Terciptanya engkau dari tulang rusuk adam...
Hadirnya dirimu untuk dikasihi dan ingin mengasihi
dicintai dan ingin mencintai....
melindungi dan ingin dilindungi
Bagaikan sebuah "bola raghbi"
Setelah dapat dipeluk
Bukan seperti "bola sepak"
Setelah dapat disepak.... 
Oh Hawa...
Dirimu terhias sebagai 
sebaik-baik ciptaan
Maka
jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah
Jihad di jalan allah swt
Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang...
Cantik dipandang dan susah untunk dipegang
Jadikanlah dirimu
Hawa yang tidak pernah kalah dengan redup panahan mata Adam. 
Oh Hawa...
Jangan risau akan jodohmu...
Andai belum hadir Adam didalam hidupmu
Usah khuatir...
Kerana Allah ingin menghadiahkan untukmu 
Adam yang soleh dan terbaik
Agar bisa menjadi .... 
- imammu ketika solat
- ayah kepada anakmu
- suami yang membimbingmu
- penawar dikala duka dan lara
- penghibur dikala runsing
- Pelengkap kepada kekurangan yang ada pada dirimu 
InsyaAllah.....
Moga kau temui Adam yang dicari....
Allah mengetahui apa yang terbaik buatmu... 
Cinta sampai syurga.....





Monday, November 21, 2011

Setiap Kali...

Setiap kali
Mendapat nikmat
Jarangku sedari itu pemberianmu
Terkadang rasa itu kerana
segala usaha
dan penat lelahku sahaja 
Setiap kali 
ditimpa musibah
ku mengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa padaMu Allah  
Tempat kembali segala masalah 
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan 
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinarmu berikanku pedoman
Hanya padamu segala ketetapan 
Seandainya diri ini
mampu meraih cinta dan keredhaanNya
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku... 
Lagu ini dimainkan oleh kumpulan nasid yang amat aku suka iaitu DEVOTEES.Tajuknya "setiap kali"penuh dengan nasihat dan pelbagai pedoman.takkala aku sedih dan hilang tempat mengadu,aku selalu dengar lagu ni.Lagu ni selalu mengingatkan aku yang sesekali apabila kita diuji dengan ditimpakan pelbagai musibah,selalunya setiap orang itu akan mengeluh risau,dan jarang sekali mulut ini untuk mengucapkan rasa syukur kerana diberi musibah. 
Aku selalu dengar orang cakap yang : 
"Ujian mahupun musibah itu adalah tarbiyah.Allah itu maha penyayang kepada setiap hambaNya.Allah swt tidak akan menguji seseorang hambaNya itu melainkan dengan kesanggupannya..." 

Tatkala Allah datangkan" petir dan kilat "
dengan kita di uji pelbagai musibah,hati resah,mengeluh berpanjangan,risau mula menerjah..
Di waktu itulah Allah swt dipersalahkan..seakan tidak redha dengan qada' dan qadar Allah... 
"Mengapakah aku diuji seperti ini Ya Allah???" 
Namun,apabila Allah hadiahkan kita "pelangi"
dengan segala nikmat yang telah Allah curahkan...
Jarang sekali untuk menyedari yang pemberian itu datangnya dari Allah
Sesekali diri ini terleka untuk mengucapkan perkataan "Alhamdulillah" 
Ingatlah :
Kadang-kadang Allah datangkan petir dan kilat
Kita tertanya-tanya di manakah Allah sembunyikan matahari
Kadang-kadang kita tercari-cari dimanakah matahari
Rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi.... 
 

Apabila kamu merasakan kamu tidak yakin
dan tidak mampu untuk melakukan sesuatu perkara,
Ucapkanlah berulang kali...
"La haula wala quwwata illa billa"
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah swt......
InsyaAllah....









HiDuPku iNi Bagaikan Roda...


Bila hari gelap bertukar terang, mentari pun mula bersinar cemerlang...
Lama sudah tangan ini tidak menari. Kalau ditari pun cuma diatas kertas kajang yang kemudian direnyuk-renyuk kerana ketandusan idea. Hari ini cuma ingin berkongsi secebis pengalaman hidup.(*sigh*)
Saudaraku,
dalam liku ada lurusnya,
dalam pahit ada manisnya,
dalam jatuh ada bangunnya,
dan apabila kita melangkah, dengan izin Allah semuanya jadi nyata.
Semalam anda mungkin bersedih, rasa tiada sesiapa untuk dituju, rasa seolah-olah dunia ini terlalu sempit untuk bersembunyi, rasa bumi tidak lagi berbumbungkan langit, rasa keseorangan dan tiada kawan-kawan yang memahami, rasa andalah yang paling susah dalam dunia, dan mungkin juga semalam anda berasa anda seorang yang tidak berguna, dan anda tidak dapat menyumbang apa-apa.
Saudaraku,
dalam susah ada senangnya,
dalam sedih ada gembiranya,

          Allah menguji tanda sayang pada hamba-Nya...
Begitulah warna-warna kehidupan. Ia langsung tidak pelik dan bukan pun ajaib. Allah sentiasa memberi kita ujian dari kanan dan kiri, depan dan belakang hanya untuk menguji dan menolong kita untuk menghadapi esok kerana hanya Allah yang tahu betapa hari esok itu lebih sukar buat kita dan ujian hari ini adalah untuk menguatkan jiwa-jiwa kita. Mengajar kita menjadi lebih teguh, mengasah bakat-bakat kepimpinan diri sendiri yang mungkin belum kita kuasai dan sesungguhnya Allah yang Maha Bijaksana.
Inilah yang biasa saya alami. Jatuh bangun dalam kehidupan buat saya jadi lebih matang dalam berfikir dan menilai sesuatu. Siapa sangka kalau semalam saya terasa seolah-olah hilang segala-galanya, tetapi hari ini Allah kurniakan anugerah berlipat-ganda. Sungguh benar firman Allah: 
"Bersama kesusahan ada kesenangan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." (Al-Insyirah, ayat 5 dan 6)Sewaktu datangnya susah, telinga seakan-akan tuli, hati menjadi buta dan mata tak nampak apa-apa. Telinga seperti tidak pernah mendengar bahawa Allah sentiasa memujuk kita dengan firman-Nya
         "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka  sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (Al-Baqarah, ayat 186)
"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." (Ali-Imran, ayat 139)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah, ayat 286)
 Masya Allah, damainya jiwa bila membaca ayat-ayat cinta daripada Kekasih Hati. Sungguh akan hilang sendu dan senyum pun menguntum, bahagia bersemi dan damai pun bertandang. Itulah ayat-ayat Allah dalam Al-Quraanul Karim. Kita sering terlepas pandang, dalam kesibukan melalui hari-hari penuh mehnah.
Kita terlupa untuk menghayati pesanan-pesanan daripada Allah dan ingatan-ingatan daripada Rasulullah. Tapi percayalah, saat hatimu gersang dengan kemarau cinta dunia, siramlah ia dengan zikrullah dan bacaan-bacaan al-Quran agar hatimu basah dengan cinta akhirat. Kembali kepada fitrah dan asalmu. Engkau hidup bukan untuk dunia, tetapi dunia ini cuma penerus hidup untuk ke akhirat sana. Tidak berbaloi saudaraku untuk kita menjadi gila di dunia sementara. Gila materi, gila kuasa, gila pangkat, gila nama, gila glamour dan sebarang gila lagi. Entah apa yang kita kejar sebenarnya dengan kegilaan-kegilaan itu. Semuanya memenatkan hati dan menyesakkan otak yang sedia sendat dengan masalah-masalah dunia yang tidak putus-putus. 
Maka mari kita celik hati. Bukan saja kena celik IT, tapi celik mata hati itu sendiri. Lihat betapa dunia ini luas dan anda tidak pernah bersendiri. Kerana firman Allah, 
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (Al-Baqarah, ayat 186)
  

Betapa Allah sentiasa ada bersama kita. Allah sudah berjanji akan mengabulkan semua doa-doa kita jika kita taat pada-Nya. Maka perkataan siapakah yang lebih benar selain Allah? Oleh itu saudaraku, jangan kalian patah hati, pandang rendah pada diri sendiri, hilang visi dan misi dan meratap sendu setiap hari.
Tiada gunanya semua itu. Jadi sekarang tukar mood anda. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jual kereta lama, jom pandu kereta baru. Ubah suasana, mari melihat dan megkagumi kebesaran Allah pada alam ciptaan-Nya. Kita semua adalah amazing! We can do beyond the norm! Ingat tu, kita adalah amazing people! Sudahlah fikirkan hari semalam, mari mulakan hidup baru.
Mari memaknakan hidup saudaraku!!!

Bernilainya Sebuah Ujian itu...

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.
(157) (Surah Al Baqarah 2: 155-157 )


Daripada Musibah, Menjadi Anugerah Andai Positif!
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Dengan Musibah yang Allah berikan, bersangka baiklah, dan berpositiflah:
1. Dengan musibah, manusia umumnya akan berdoa. Berdoa itu PAHALA.
2. Dengan musibah, manusia umumnya akan merasa rendah diri, insaf dan bertaubat. Ia juga PAHALA.
3. Dengan musibah, manusia memperbaiki diri lalu meninggalkan kejahatan dan melaksanakan kebaikan. Ia PAHALA.
4. Dengan musibah, manusia belajar dari kesilapan. Ia menjadi ILMU dan GURU paling BERMAKNA.
5. Dengan musibah, manusia akan bersabar berdasarkan iman. Bersabar mendatangkan PAHALA
6. Dengan musibah, manusia akan mengingati pencipta, yakni Allah. Ia PAHALA.
7. Dengan musibah, manusia mengingati kematian. Ia Pelembut Hati.