Friday, November 25, 2011

Ya Rabb!Dekatkan Jodoku....

Assalamualaikum w.b.t
Nak berkongsi cerita yang saya dah bace dekat majalah solusi,kalau nak tahu dengan lebih terperinci(edisi ke berape??)rajin-rajinlah bace majalah solusi.InsyaAllah khas buat antum semua.
Tajuknya:Dekatkan Jodoh Anda 



Apabila lelaki dan wanita itu telah mengetahui ciri-ciri yang boleh menarik perhatian pasangan masing-masing,sekarang adalah langkah yang seterusnya untuk memikat hati  : 



1-Berdoa bersungguh-sungguh 
Orang kata "Jodoh di tangan Allah",namun kita wajib berusaha untuk mendapatkannya.Gunakan pelbagai usaha dan ikhtiar yang dibenarkan oleh syariat kemudian berdoa dan terus berdoa.Sertakan dengan tawakkal,InsyaAllah mendapat jodoh yang diimpi selama ini.Pada prinsipnya,doa kita akan dikabulkan oleh Allah s.w.t apabila kita berdoa sesuai dengan ketentuan-Nya sebagaimana yang diperintahkan Allah s.w.t serta yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w.Namun demikian,walaupun kita sudah melakukan tatacara berdoa yang benar,ternyata hal yang kita inginkan seringkali tidak menjadi kenyataan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas dari salah satu dari tiga perkara iaitu;adakalanya diampuni dosanya,adakalanya diberikan kebaikan segera(dikabulkan sesuai dengan permintaannya),dan adakalanya ditunda pengabulannya."Riwayat al-Dailami. 


 

*Tahap pengabulan doa. 
Sebagai orang yang beriman,kita harus yakin bahawa hal-hal yang dianggap baik oleh kita,belum tentu baik pula disisi Allah s.w.t.Oleh itu,pengabulan doa ada beberapa kemungkinan:
  • Dikabulkan sesuai dengan permintaan dan doa kita
  • Dikabulkan hal-hal yang serupa atau sama taraf dengan apa yang diminta oleh kita
  • Dihindarkan kita daripada sesuatu bencana atau malapetaka yang menimpa kita.
  • Di ampuni dosa kita sebagai pahala dari doa
  • Ditunda pengabulan doa kerana tidak baik bagi kita jika doa itu dimakbulkan
  • Doa itu tetap dimakbulkan diakhirat
2-Tidak mudah patah semangat 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Allah benci kepada orang yang patah semangat tetapi syaitan sukakannya"Kebanyakan orang yang berputus asa dalam memiliki jodoh mula membuat tanggapan tentang jodoh.Tanggapan negatif yang asyik berlegar diminda hanya menyebabkan semakin sukar bertemu jodoh. 



3-Cuba melengkapkan Ciri-ciri lelaki dan wanita idaman. 
Perbaiki segala kelemahan dan bersyukur serta istiqomah dengan segala kelebihan.Cuba sedaya upaya memasukan sebanyak mungkin sifat-sifat wanita atau ciri-ciri lelaki idaman kedalam diri sendiri.Sebagaimana kita mengimpikan seorang lelaki atau wanita idaman,bakal pasangan kita juga turut mengimpikannya.Maka,coraklah langkah bermula dengan diri kita untuk menjadi insan yang diimpikan seseorang. 



InsyaAllah ,mudah-mudahan anda mendapat jodoh soleh dan solehah yang diimpikan selama iniWallahua'lam....
p/s:Hanya point-point penting sahaja yang saya masukkan...

Aduhai Hati...Kuatkanlah Dirimu

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Rasulullah s.a.w telah menegaskan bahawa di dalam diri manusia ada seketul daging,jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut.Sebaliknya jika jahat daging itu maka jahat pulalah orang tersebut.Daging itu ialah hati.. 


Itulah peranan utama hati.Ia umapama kerajaan dalam diri manusia.Jika raja baik,maka baiklah rakyatnya.Maka begitu jugalah apabila hati baik,secara automatik,tangan,kaki,mulut,hidung dan lain-lain pancaindera akan melahirkan kebaikan.Al-Quran memberikan informasi yang banyak tentang hati.Tidak kurang dari 188 kali informasi tentang hati ini diulang-ulang dalam Al-Quran. 

 
Justeru,untuk melahirkan diri,keluarga,masyarakat dan negara bahkan dunia yang lebih baik mestilah dimulakan dengan membersihkan hati manusia.Soal hati,bukan hanya penting diperingkat awal perubahan tetapi ia perlu terus dijaga sepanjang usaha manusia untuk terus menjadi individu yang baik dan mampu memberi kebaikan.
Kualiti amalan juga bergantung kepada kualiti hati pelakunya. 
Setiap kali kita melakukan satu perbuatan,maka hati akan menentukan amalan itu baik atau sebaliknya.Maka berhati-hatilah dalam menjaga hati,kerana "Amalan sebesar gunung sekalipun,tidak akan bernilai walau sedebu pun sekiranya diamalkan tanpa niat yang ikhlas". 
Hati bukan sahaja menentukan  kualiti amalan seseorang,bahkan menilai orang itu secara keseluruhan.Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:"Allah s.w.t tidak melihat kamu dari rupa paras kamu,dan harta kekayaan.tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu" .....

 
Jadi,didiklah hati dengan melakukan perkara-perkara yang berbentuk kebaikan.Hati amat sukar dijaga,kerana kita tidak nampak.Apabila ia sakit,kita tidak tahu apakah puncanya.Perbanyakkan mengingati Allah s.w.t dan berdoa supaya dijauhi penyakit-penyakit hati yang kadang-kadang tidak kita sedari...Wallahu'alam....InsyaAllah peringatan buat diriku...
p/s:credit dan syukran buat majalah solusi edisi ke 4..sumber inspirasiku...

Thursday, November 24, 2011

S.A.H.A.B.A.T kerana Allah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..... 
Sahabat....
untuk aku hidup di dunia ini
Aku perlukan sahabat..
bukan satu tapi beribu..
Tetapi
Untuk mencari sahabat seperti kamu
Hanya satu dalam seribu... 
kerana 
di mana-mana aku berada 
Kau pasti ada disisi....



Dikala aku kesusahanDia tempat aku meluahkan keresahan 
yang terbuku di hati.... 
Telinganya dipinjam sebagai
pendengar yang setia
Dia jualah pembakar semangat 
untuk aku teruskan

perjuangan
dan membimbing aku ke jalan yang diredhai... 


Sahabat...
Bila berjauhan
Diri ini pasti kesunyian tanpamu
kerana sudah lama kita bersahabat 

Ya Allah,Ya Tuhanku
Aku rindukan sahabat ....
seperti ini
yang selalu membisikkan 
kata-kata indah
yang mengingatkan aku kepadaMu ya Allah 
tatkala aku semakin hilang semangat...
yang selalu mengajakku ke arah yang lebih baik
yang selalu menemaniku ke mana jua... 


Wahai sahabatku....
Di mataku
Kaulah sahabat sejati
Kaulah penyeri di waktu kesepian
Kaulah cahaya di waktu kegelapan 


Sahabatku....
Syukran...
Kerana sudi menjadi sahabat aku...
Bukan hanya sahabat...

Tetapi sahabat sejati.. 
Tidak bisa ku balas setiap 
masa....
tenaga...
kasih sayang...
yang telah kau pinjamkan untukku....
Hanya Allah yang bisa membalasnya..
InsyaAllah moga PERSAHABATAN KITA
kekal hingga ke JannahNya...
Aminnn....
Terima Kasih....
Kaulah sahabatku..
Kaulah Temanku....
Kaulah Kawanku...
Kaulah Rakanku...
Sahabat Selamanya...

Akan ku simpan segala kenangan ini bersamaku......
Teruskan Perjuanganmu...
Kaulah sahabatku..Kau teman sejati...







Warna-warni KeHiDupan

 
Sebelum remaja di belai ibubapa
Di beri apa yang minta
Sesudah remaja dia kenal dunia
Tak nak ikut cakap ibubapa 
Sebelum dapat kerja
Janji tekun bekerja
Sudah diterima cuti dan MC saja
Belum dapat gaji
Nak jimat tak nak rugi 
Sudah dapat gaji
Duit habis dijoli
Sudah dapat gaji
Duit habis dijoli
Habis dijoli
Di sana sini... 
Sebelum kahwin dia
Janji nak hidup sama
Sudah berumahtangga
Hilang entah ke mana
Katanya ke pejabat
Rupanya dia ligat 
Cari-cari calon
Hendak cukupkan empat
Cari-cari calon
Hendak cukupkan empat
Dua dah dapat
Tiga dah dapat
Empat tak sempat 
Sebelum bekeluarga
Jalan-jalan berpimpin tangan
Pegang bahu tak mahu lepas 
Sesudah anak tiga
Dah mula rasa
Nak pimpin tangan isteri pun dah naik malas
Suami sebatu di depan isteri di belakang 
Sebelum dapat susah
Dia tak ingat beribadah
Nak sedekah amal jariah ...

Sesudah dapat susah
Baru nak cari sejadah
Begitulah lazim sifat manusia 
Hanya ingat Tuhan bila
Di dalam kesusahan
Elakkan diri dari bersifat demikian
Tuhan tidak suruh kita ikut perangai syaitan

p/s:Tajuk lagu di atas ialah "sebelum dan sesudah".Dinyanyikan oleh kumpulan senario.Best sgt lagu ni.Banyak pengajaran.Mudah-mudahan anda terhibur....InsyaAllah...

Mulianya Air MataMu....

Dengan nama Allah yang Maha permurah Lagi Maha mengasihani.... 
Tangisan adalah suatu fitrah bagi setiap makhluk bergelar manusia. Sejak dari awal kelahirannya, hinggalah ke akhir hayat setiap manusia, pasti tangisan akan menghiasi kamar hidupnya. Banyak punca yang menyebabkan air mata berlinangan namun berapa ramaikah dari kita yang tangisnya adalah kerana takutnya ia akan Allah S.W.T? Berapa ramaikah dari kita yang menangis akibat menghitung setiap inci dosa dan noda yang telah kita lakukan?
Wahai saudaraku, ketahuilah olehmu bahawa tangisan yang jatuh ke bumi kerana takutkan Allah membawa makna bahawa kita termasuk dalam golongan orang yang beriman kepada Allah sebagaimana firman Allah S.W.T. 
"Dan takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Surah al-Imran : 175) 
 

Wahai saudara yang kukasihi, menangis kerana Allah akan mengangkat martabat diri hingga termasuk dalam golongan penghuni Syurga Allah yang penuh dengan segala kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. Bahkan darjat juga akan ditinggikan oleh Allah selaras dengan janji-Nya yang berbunyi :
"Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua Syurga" (Surah Ar-Rahman : 46) 
Seorang Khalifah yang agung di muka bumi Allah ini tidak pernah asing dengan tangis dan hiba saat meratapi akan segala dosanya kepada al-Ghafur. Lihat sahaja mereka yang dekat dengan Tuhan sekalian alam seperti kekasih Allah, Rasulullah S.A.W, para sahabat R.A, para tabi'in dan tabi'tabi'in , semuanya bercucuran air mata kerana takutnya mereka kepada Allah. 
 
Rasulullah S.A.W sendiri menangis kerana takutkan Allah. Seorang Nabi dan kekasih Allah yang dijanjikan Syurga dan maksum. Pernah suatu ketika sedang Rasulullah S.A.W duduk bersama-sama dengan para sahabat, tiba-tiba Baginda menoleh pandangannya ke arah sekumpulan manusia seraya bersabda " Apakah yang sedang mereka lakukan?" Salah seorang dari sahabat menjawab, "Mereka sedang menggali kubur untuk mengebumikan seorang yang telah meninggal dunia." 
Sebaik mendengar jawapan itu, Baginda berganjak dari tempat duduknya dan berjalan pantas mendahului para sahabatnya. Akhirnya baginda tiba di tanah perkuburan itu dan mencangkung berhampiran kubur tersebut. Para sahabat mengambil tempat di hadapan Baginda Rasulullah agar dapat melihat apa yang akan dilakukan oleh Baginda. Mereka melihat Rasulullah S.A.W menangis sehingga air mata menitis ke pipinya kemudian berkata kepada sahabat, "Wahai saudara-saudaraku, kalian harus mempersiapkan diri untuk menghadapi peristiwa seperti hari ini (kematian)." Bagitulah ketakutan Kekasih Allah yang mulia. Bagaimanakah dengan kita sebagai umatnya? 


Menangis kerana takutkan Allah akan menyelamatkan kita dari seksaan dan azab Allah yang pedih, menempatkan kita di dalam Syurga-Nya dan menikmati segala kenikmatan yang tidak dapat dibayang oleh akal fikiran.

Ubay bin Ka'ab berkata, "Kalian harus memegang ajaran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Bukan termasuk orang yang memegang ajaran dan sunnah Nabi ketika teringat seksaan Allah, namun dia tidak menitiskan air mata kerana takut kepada seksa-Nya. Maka orang seperti ini akan bersama-sama api neraka untuk selama-lamanya." 
Orang yang memegang ajaran dan sunnah Nabi ketika teringatkan Allah, maka pasti akan ketakutan dan bergetar jantungnya kerana takut pada siksaan al-Muntaqim. Dosa-dosa orang seperti ini akan berguguran seperti mana gugurnya daun-daun dari pohon yang ditiup angin.
Hisablah diri kita sejenak, bermuhasabahlah dan berfikirlah perihal kehidupan di negeri yang kekal abadi. Adakah kita pernah menangisi dosa-dosa kita? Bilakah kali terakhir pipi dibasahi dengan linangan air mata keinsafan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat segala sesuatu perbuatan. Moga dikurniakan Allah dengan perasaan ketakutan terhadap dosa. 
Menangislah, Wahai Saudaraku... 
P/S:Credit to Penulis di ILUV ISLAM...Share..

Nukilan Buat Adam...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang....
Adam...Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek. 



Adam...Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua? 

 Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?Begitukah calonmu wahai Adam?
Ketahui wahai Adam,Sesungguhnya, perempuan itu manja,Suka dibelai, Suka dikasih, 

Namun, Adam...Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.
Kerana...Kami begitu untuk menjaga aib kamu,Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,Menjauh dari kehinaan,Kerana kami merupakan fitnah dunia,Fitnah bagi kamu. 

Adam...Kami ini insan yang lemah,Janganlah kau cemar iman kami,Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu. 


Adam...Andai kau kasih dan sayang pada kami,Andai kau mahu membela nasib kami,Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,Ibu kepada bakal pejuang agama,Doalah buat kami,Doalah jua buat dirimu,Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.


p/s:Credit to ILUV ISLAM.Thank you very much...

UntukMu Wahai Nisa'

Dengan nama Allah yang Maha pemurah Lagi Maha penyayang... 

Wanita hadir atas nama cinta. Ya, cinta yang paling agung adalah datangnya dari Ilahi. Bagaimana Allah memurnikan kewujudan wanita bukan sekadar hiasan dunia. Hawa, adalah wanita pertama yang diciptakan atas dasar cinta Allah kepada Adam. Setelah melalui beberapa frasa kehidupan dan sejarah, tidak dapat digambarkan betapa Allah sentiasa kagum dengan kehebatan cinta seorang wanita. 


Namun, zaman berzaman yang dilalui turut menyaksikan betapa manusia meletakkan darjat seorang wanita di tahap yang paling bawah. Anak perempuan dibunuh, golongan wanita pula dijadikan perkakas. Sehinggalah Islam yang diturunkan melalui Rasulullah SAW, hadir memurnikan kedudukan wanita. Golongan Hawa ini diangkat sehingga menjadi tinggi martabatnya dalam Islam. 

Memang benar, pernah dikatakan Rasulullah bahawa antara golongan yang paling ramai memasuki neraka adalah wanita. Namun, jangan dilupakan bahawa mereka juga mudah untuk memasuki syurga. Bagaimanapun, hari ini ramai golongan wanita kurang menyedari kemuliaan kedudukan mereka di sisi agama. Larangan dan perintah, bukanlah untuk menyusahkan mereka, tetapi di situlah letaknya murni seorang wanita. Bagaimanapun, sedarkah mereka bahawa fitnah turut hadir bersama-samanya? 

Untukmu wanita..Hayatilah Lagu ini... 
Aduhai puteriku sayang

Aduhai puteriku sayang

Puteriku sayang 

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli

Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti

Lembutmu kan hiasan

Bukan jua kebanggaan

Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 

Disebalik bersih wajahmu

Disebalik tabir dirimu

Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri

Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi

Berpegang pada janji mengabdikan diri 

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana

Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama

Tiada siapa yang akan boleh merampasnya

Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama

Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya

Wahai puteriku sayang

Kau bunga terpelihara

Mahligai syurga itulah tempatnya 

Aduhai puteriku sayang

Kau bunga kebanggaan

Aduhai puteriku sayang

Kau bunga idaman
p/s: Munsyid :Hijjaz
Wahai Hawa..Biarlah dikau menjadi sekuat Siti Khadijah,setabah Siti Hajar...Seteguh Asiah...selembut Siti Aishah...InsyaAllah....Aminnn...Jangan sekali kau rebah pada redup panahan mata Adam.Hanya lelaki yang benar-benar layak sahaja yang mampu memilikimu...


******************************************