Friday, November 25, 2011

Ya Rabb!Dekatkan Jodoku....

Assalamualaikum w.b.t
Nak berkongsi cerita yang saya dah bace dekat majalah solusi,kalau nak tahu dengan lebih terperinci(edisi ke berape??)rajin-rajinlah bace majalah solusi.InsyaAllah khas buat antum semua.
Tajuknya:Dekatkan Jodoh Anda 



Apabila lelaki dan wanita itu telah mengetahui ciri-ciri yang boleh menarik perhatian pasangan masing-masing,sekarang adalah langkah yang seterusnya untuk memikat hati  : 



1-Berdoa bersungguh-sungguh 
Orang kata "Jodoh di tangan Allah",namun kita wajib berusaha untuk mendapatkannya.Gunakan pelbagai usaha dan ikhtiar yang dibenarkan oleh syariat kemudian berdoa dan terus berdoa.Sertakan dengan tawakkal,InsyaAllah mendapat jodoh yang diimpi selama ini.Pada prinsipnya,doa kita akan dikabulkan oleh Allah s.w.t apabila kita berdoa sesuai dengan ketentuan-Nya sebagaimana yang diperintahkan Allah s.w.t serta yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w.Namun demikian,walaupun kita sudah melakukan tatacara berdoa yang benar,ternyata hal yang kita inginkan seringkali tidak menjadi kenyataan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas dari salah satu dari tiga perkara iaitu;adakalanya diampuni dosanya,adakalanya diberikan kebaikan segera(dikabulkan sesuai dengan permintaannya),dan adakalanya ditunda pengabulannya."Riwayat al-Dailami. 


 

*Tahap pengabulan doa. 
Sebagai orang yang beriman,kita harus yakin bahawa hal-hal yang dianggap baik oleh kita,belum tentu baik pula disisi Allah s.w.t.Oleh itu,pengabulan doa ada beberapa kemungkinan:
  • Dikabulkan sesuai dengan permintaan dan doa kita
  • Dikabulkan hal-hal yang serupa atau sama taraf dengan apa yang diminta oleh kita
  • Dihindarkan kita daripada sesuatu bencana atau malapetaka yang menimpa kita.
  • Di ampuni dosa kita sebagai pahala dari doa
  • Ditunda pengabulan doa kerana tidak baik bagi kita jika doa itu dimakbulkan
  • Doa itu tetap dimakbulkan diakhirat
2-Tidak mudah patah semangat 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Allah benci kepada orang yang patah semangat tetapi syaitan sukakannya"Kebanyakan orang yang berputus asa dalam memiliki jodoh mula membuat tanggapan tentang jodoh.Tanggapan negatif yang asyik berlegar diminda hanya menyebabkan semakin sukar bertemu jodoh. 



3-Cuba melengkapkan Ciri-ciri lelaki dan wanita idaman. 
Perbaiki segala kelemahan dan bersyukur serta istiqomah dengan segala kelebihan.Cuba sedaya upaya memasukan sebanyak mungkin sifat-sifat wanita atau ciri-ciri lelaki idaman kedalam diri sendiri.Sebagaimana kita mengimpikan seorang lelaki atau wanita idaman,bakal pasangan kita juga turut mengimpikannya.Maka,coraklah langkah bermula dengan diri kita untuk menjadi insan yang diimpikan seseorang. 



InsyaAllah ,mudah-mudahan anda mendapat jodoh soleh dan solehah yang diimpikan selama iniWallahua'lam....
p/s:Hanya point-point penting sahaja yang saya masukkan...

2 comments:

  1. :) Perbaiki segala kelemahan dan bersyukur serta istiqomah dengan segala kelebihan.Cuba sedaya upaya memasukan sebanyak mungkin sifat-sifat wanita atau ciri-ciri lelaki idaman kedalam diri sendiri.Sebagaimana kita mengimpikan seorang lelaki atau wanita idaman,bakal pasangan kita juga turut mengimpikannya.Maka,coraklah langkah bermula dengan diri kita untuk menjadi insan yang diimpikan seseorang. ''lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik''

    ReplyDelete